mardi 29 juillet 2014

Seribu Bintangs & Rendang

| |




Kue biskut seribu bintangs namanya, yang ke-lima yaitu terakhir...
 Pada tahun ini cuma ada lima jenis kue biskut sahaja. Sediakan kue biskut yang utama kesukaan seisi keluarga semata, lagi-lagi semenjak anak-anak-anak bertiga semakin dewasa keinginan terhadap kue biskut semakin terhad... 
Beraya disini tidak serupa seperti dtanahair dimana para tetamu ramai datang berkunjung sempena Syawal AidilFitri, jadinya perlu jumlah yang banyak lagi beraneka jenisnya kue biskut yang perlu disediakan, maka lumrah suasana berhariraya begitu ceria lagi menambat selera... disini Peranchis disambut sekadar dikalangan keluarga sahaja...


Bikin satu adunan dahulu, karena ianya memakan masa yang lama untuk menyempurnakannya Terdapat dua jenis sablés yang berlainan.

Picit memicit bentuk bunga cenonet sehingga ibu jarinya lenguh...

Setelah diisikan didalam kolamnya dengan chocolat ganache.
 Bentuk jantunghati juga ada, cuma tiga sahaja... permintaan dari yang Tengah.

Seribu bintangs ber-chocolat Valrhona blond Dulcey & chocolat noir dicampur bersama.

Bentuk membujur oval.

Kuning mustard & pink berjiran setelah ber-ganache au chocolat terus dibeku sebentar dalam peti es.

Voila !

Bikin rendang daging a la Moyang, kuali besar diperlukan begitu tidaklah ter...percik tempias kuahnya rendang nanti !


Bawangnya pasti lebih banyak dari bahan-bumbu yang lain, dahulukala ditumbuk-giling dengan kerahan kudrat tangan dan sekarang tekan sahaja sudah siap.


akan bersambung...?

1 commentaires:

Kak Rose a dit…

cantiknya biskut seribu bintang, tangan ratna memang berseni. sungguh terpikat tapi pasti tidak rajin nak buatnya!