vendredi 22 août 2014

Alhamdulillah...

| |


Syukur kepadaNya...
setelah sekian lamanya dibendungi oleh keadaan cuaca yang basah lagi dingin, tanpa henti seolah enggan berhenti hampir setiap hari dicucuri rahmat air hujan turun kini reda secara semulajadinya...
Disini Peranchis banyak yang merungut bahawa tahun ini dimusim panas tidak sepadan dengan namanya yaitu musim panas yang tidak panas !


 Dari kemarin telah diberkati dengan cuaca nan gemilang meskipun suhu kepanasannya sekadar panas yang lembut... setidaknya dapat bermakan tengah'hari yang disusuli dengan bersenanglenang diterrasse/patio sambil memandang terus kearah kawasan khas tanaman pelbagai jenis pokok-pokoknya mawar yang sekarang berputik bunga bagi pusingan yang kedua.


Pusingan kedua bunga-bunga mawar lagi berputik dan berkembang mekar sehingga kemusim gugur nanti, voilà.

Assalamualaikum kepada semua dihari Jumaat nan mulia.