vendredi 1 août 2014

Au Jardin...

| |


Assalamualaikum kepada semua dihari Jumaat nan mulia...

Salah satu agenda dipagi hari sementara memasing masih enak ditempatnya beradu ialah hampir setiap hari seawal pagi nan hening diri ini akan melangkah keluar bagi menghargai KebesaranNya, Alhamdulillah... Alangkah indahnya suasana disini yang menjadikan diri begitu dekat dengan kepekaan terhadap kejadian semulajadi ini...
Udaranya yang dingin lembut nyaman sekali, jejakan kaki terus menyusur mengikut arah pokok-pokok buahan... serasa tidak mahu berhenti lepas satu-satu kawasan taman diterokai seolah buat pertamakali melihatnya, tidak jemu-jemu memandang sambil hati membisik kerasaan syukur terhadapNya...


 Buah Pear semakin meranum...

 Rasanya manis.

 Sebagai pemanis makan berhidang.

 merah jambu warnanya, petanda sudah boleh ipetik !

 Apple Gala.

 bulan ocktober/Nov nanti baru boleh dipetik.

 Buah Prunus yang begitu banyak, rasa dalamnya manis akan tetapi kulitnya masam !

Prune de Damas.

Untai-untaian bebuah anggur.

 Setakat ini sehat dengan sejahteranya.

 Semoga nanti meranum dengan sempurnanya.

 Sepasu tumbuhan ini telah ditanam pada bulan 4 yang lalu, sehingga kini bebunganya masih belum mahu membuka mekar dan tangkainya kok menumbuh tinggiii... !


 Sekuntum mawar ini besarnya sebesar telapak tangan !

Sekuntum mawar, parfumnya harum mewangi.

1 commentaires:

Balqis a dit…

Bonjour! je m'appelle Balqis from Malaysia :) Ratna.. saya sangat teruja dan kagum dengan buah-buahan yang sedang masak meranum itu. terasa hendak dipetik. :)