dimanche 31 août 2014

Gâteau aux framboises, so rouge...

| |



Hari ini adalah weekend yang terakhir setelah selama dua bulan bercutinya dimusim panas yang tidakpun panas...
Agenda seharian penuh dengan persediaan untuk keperluan yang Bongsu bagi permulaan sekolah dan yang Tengah uni di Grenoble pada hari selasa nanti.

Ditaman pokok-pokok jenis framboisier remontants/pokok-raspberries berbuah lagi bagi pusingan kedua yaitu berbuah dua kali pada setiap musimnya panas yang akan berterusan meranum sehingga kemusim gugur hendaknya...
Peti es beku sudah tidak mampu menampung sachets berisi bebuah framboises yang banyak, esok akan menyediakan jam sebanyak 8 kg, jadinya simpanan yang ada akan berkurangan sedikit.



 Merimbun cantik kelihatan juntai-juntaian bebuahnya framboises...

 Gâteau yang beradunan dengan fromage blanc/cottage cheese-soft white cheese ini menjadikan teksturnya begitu lembut dan lunak.

 Sooo rouge/merah !

 Sengaja lebihkan bebuah framboises, begitu terasa masamnya yang dilembutkan dengan gula perang dan serpihan dark chocolat.

 Kawasan baru dipinggiran sudutnya halaman.






 Nyaman sekali berminum petang dengan manisan ini meskipun warnanya tampak galak !

 Bahagian ini baru dibuka tanam pada tahun yang lepas dimana akan diperluaskan lagi, jadinya rancangan belanja satu lagi peti es didalam urusan CintaJL !

Alhamdulillah keatas rezeki ini...

dan hasilnya boleh dipelbagaikan.

Yummy.

 Voilà.