mardi 2 septembre 2014

Rentrée des classes 2014

| |

      

Bermula dari hari ini dengan rasminya hari pertama permulaan buka sekolah disini Peranchis dimana sebanyak 840 000 guru-cikgu & profs bersamaan seramai 12.3 juta pelajar dari sekolah tadika, rendah, menengah rendah & tinggi dan uni serentak sekali menuju kepuncak pengetahuan dan kejayaan demi masa depan yang ter...jamin !
  Begitu juga dengan diriku kembali sendirian disamping peneman nan setia lagi manja; Honey Aristocat.
Rutin harian yang selaras dengan status "madame tout le monde"/banal, ordinary woman-wanita biasa bermula seperti biasa juga...


 Bebuah apples dari halaman yang jatuh sendiri dikutip oleh CintaJL bakal pemanis dimeja makan.




Pokoknya masih kecil dengan dahan muda yang kurus, namun berbuah sarat dipergelangan dahannya pokok apple Reine des Reinettes ini.



Berbuah sampai kehujung dahannya lansong berat menurun hampir mencecah tanah !



Semakin meranum...




 Sebingkai tingkap bahagian tangga naik ke lantai tingkat atas yang sudah uzur dirumah nan uzur... CintaJL mahu gantikan dengan yang baru karena keadaan bingkai kayunya yang telah dimamah usia hampir 100 tahun... jadinya lumrah kayu mereput, merekah terkopek dan rompong... sudah tiba masanya diambil berat keatasnya dan semenjak beberapa hari ini selepas pulang dari waktu kerja, dirumah ukur mengukur kerjanya saja ...





Jamuan pada tengah'hari tadi.
 Pabila bersendirian mahunya beehoon goreng campak-campak ultra pedasss yang berulam dedaun saderi dari potager/kawasan sayuran.




 8 kg bebuah framboises/raspberries !


Tanganku lenguh dan perit ketika memerah (dengan menggunakan sehelai kain kasa mousseline) sebelanga penuh simerah framboises ini dan tanganpun menjadi merah ! Agenda membikin old-fashioned framboises/rapsberry jam memakan masa selama 3 jam, aduhai.. zahirnya kudrat tidak lagi seperti 20 tahun nan lalu...

*****

Pabila bersendirian sukanya bersiaran disekeliling taman melihat kejadian tumbuhan empat musim yang berpusing mengikut arah jarumnya.






Dibahagian depan halaman terdapat sepokok apple Gala yang semakin meranum merah... pokok apple ini sudah sedia ada yang dtanam oleh tuan rumah yang terdahulu, pokoknya membesar secara perlahan karena ianya ditanam antara dua pokok-pokok yang besar lagi tinggi jadinya kurang cahaya mentari, lansong terteduh dan terlemas ditengah dua pokok namun berbuah pada setiap tahun.



 Emaktirinya Snow White agaknya mana satu buah apple yang dipilih?





Merah semuanya.





Jarak deretan yang kemas.





Cantik.





 Baunya harum semerbak !





 Dua sejoli...




 Daun-daunnya semakin rontok petanda musim gugur dipinggir arah pusingannya.





 Mengadap pagar utama, setiapkali masuk pasti sepasang mata serta merta memandang kearahnya.





 2, 3 minggu nanti sudah boleh dirasmikan, Alhamdulillah.




Mademoiselle Honey Aristocat sukanya diwaktu pagi bersenang lenang dibawah teduhan kembangan nan harum...
Lavender & mawar berjiran sama.



Coo coo, c'est moi.. !





Berakhirnya musim lavender... warnanya unggu sudah lusuh dan pudar dimakan hari...





 Mawar-mawar yang terus berputik menguntum cantik.




 Ditanam ditepi sudutnya terrasse/patio begitu dekat dengan keindahan ini.





 Meskipun berduri tajam namun tertewas hati oleh kecantikannya.



2 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

Sis, geramnya melihat si apple itu. Sejak sekarang ini, saya suka benar makan buah apple. Paling suka apple dari New Zealand. Setiap hari pastu dia tiga biji.

Terasa segar

Bintangjauh a dit…

Salam Cik Puan Eka,

Alhamdulillah kehadratNya, sejambak tahniah buat Eka & suami dengan rahmatNya yang bakal menimang anak pertama...

Pastinya, pabila hamil citarasa kita bakal menjadi seorang ibu berubah tukar, mengidam itu dan ini adalah lumrah dan Eka sukanya buah apple, sayangnya sis Ratna kok jauhhh... sekiranya dekat pasti dibekalkan senantiasa buatnya Eka...

Semoga eka dibawah lindunganNya disamping kesejahteraan.
Salam mesra semanis apple.