lundi 1 septembre 2014

September 1st, bulan baru...

| |





Musim panas hampir menjejaki kepenghujung musimnya... dan trimester musimnya gugur akan muncul lagi seperti hendaknya pusingan alam semulajadi.



 Kawasan tumbuhan perennials peringkat akhir sedang rancak berbunga.




 Begitu juga dengannya tumbuhan pelbagai jenis mawar yang ada sedang mengembang mekar...




 Pasu-pasu tumbuhan Géraniums yang terletak dibingkai tingkap dan pintu rumahnya dépendance/outbuilding house masih galak berbunga.




 
 L'Anémone du Japon-Anemone hupehensis juga mengembang mekar petanda musim gugur sudah hampir karena ianya adalah sejenis tumbuhan bunga dimusim gugur.




 Pink lembut & kuning diraja.





 Kawasan perennials, berhimpun sekelompok pelbagai tumbuhan bunga yang digemari suka, kelihatan rimbunan bebunga cenonet matahari kuning diraja akhirnya mengembang mekar, terlewat pengembangannya disebabkan kekurangan sinaran mentari.




Subur, tampak saujana menghijau...
Kelihatan dilatar belakang temboknya pagar pokok-pokok jagung (empunya petani) menumbuh tinggi sampai melebihi tahap tingginya tembok membuktikan bahawa hujan turun teramat banyak disini Peranchis semenjak dari tahun 1959 !




 Lebah-lebah penghisap madu banyak datang mengerumun dan bunyi bzzz-nya kok bingit sekali !




Se-bouquet tiga kuntum bunganya mawar setangkai bersama.




 Alhamdulillah, hasil tanaman cubaan sepokok framboises/yellow-gold raspberry berupa warna kuning sekarang berbuah meranum sudah, jika dibandingkan pada tahun pertama ditanam hasil buahnya begitu terhad.



Rasanya begitu manisss... tidak masam-masam manis seperti raspberry berupa warna merah, yummy !

Voilà.



2 commentaires:

azieazah a dit…

Salam Kat Ratna...

seronoknya banyak pokok bunga keliling rumah. Sejuk mata lagi mendamaikan jiwa..

Bintangjauh a dit…

Salam kembali AA,

cara hidup dikampongulu caranya orang Peranchis yang gemar berkebun bunga & sayuran dan buahan adalah satu amalan yang mereka biasakan supaya suasana kampong selaras dengan namanya.

Jadinya kak Ratna pun terikut sekali dan sememangnya tujuan berpindah ketempat sebeginian (setelah berbelas tahun dikongkong dek kebingitan bandar)supaya didalam hidup ini berpeluang dekat dengan alam semulajadi, rasanya diri tenang lagi mendamaikan...

Salam mesra semanis madu.