dimanche 7 septembre 2014

Tiramisu aux Framboises bersama fauna & flora

| |




Pusingan kedua bebuah framboises/raspberries berputik dan berbuah ranum kembali. Dihalaman taman terdapat tiga tempat tanaman pokok-pokok framboises yang boleh dikatakan hasil petikan pada setiap tahun disepanjang musim panas & awal gugur ada sebanyak puluhan kg.

Kemarin Sabtu bikinkan manisan Tiramisu yang berbuah inti framboises didalamnya, selagi ada bebuah framboises selagi itu apa sahaja manisan yang disediakan pastinya dari bebuah yang merah galak ini !


Kejadiannya...

So rouge/merah !

 Seisi keluarga begitu amat adore terhadap manisan ini...

 
Rasa manis lembut crème lemak tenusu begitu serasi bersama dengan bebuah framboise yang masam lembut manis.

Makan malam berhidang sudah dirasmikan, dan verdict-nya... . yummy & nyaman dengan kesegaran dinginnya berhimpun seragam bagi keseluruhan rasa manisan ini.


Tatkala senja hampir suram suasananya, kelihatan mademoiselle Honey Aristocat bersenang lenang diatas cushion rerumput duduk diam yang berlatar belakangkan bunga Sédum spectabile brillant dan Aster yang kini mengembang mekar.


 Apakah yang direnung jauh?...


Pabila diseru panggil namanya terus renungan matanya menjadi redup tapi kok kelat pandangannya..

Voilà

2 commentaires:

Anonyme a dit…

Aduh sis, bisa menetes salivaku melihat cantik sungguh kejadianya manisan mu..Norma@normabakes

Cik Puan Eka a dit…

cantiknya sis. Geram sangat. Kalau dapat rasanya, pasti sambil terpejam mata.