vendredi 10 octobre 2014

Calm & moments of repose...

| |


Musim gugur adalah musim yang tidak stabil lagi terumbang-ambing tahap suhunya yang naik turun/turun naik dimana suasana cuaca kok bertukar rubah dengan sekelip mata...
Sekejap panas nyaman, kemudian meribut kencang angin meniup bagai mahu tercabut semua pokok tumbuhan yang ada.. disambut sekali dengan air hujan yang turun seolah enggan berhenti lantas suhu pun jatuh kurang 10 °C !
Mendingin sejuk dan lembab, hujan turun dan turun bersamaan tiupan angin nan kencang lantas merimaskan diri... agenda menanam tulips & sebagainya terpaksa ditangguhkan...

Pabila bermusim sebeginian agenda pun bertukar, berkebun sudah tidak kerap karena keadaan cuaca yang tidak mengizinkan, demikian fitrahnya bermusim-musim seringkali musim gugur dijadikan sebagai musim bersenang-lenang berupa cocooning didalaman dan masa inilah juga musim mencorak suasana seperti mengubahsuai kedudukan perabot dalaman diubahkan supaya kena dengan musimnya atau dimusim gugur juga adalah masanya untuk belanja perabot berat atau ringan sebagai penaik seri dalaman bagi menyamankan suasana harian yang semakin suram lagi monyok !


 Pabila suhu mendingin sejuk mungkin elok bersenanglenang di atas canopy daybed empunya yang Bungsu, dahulu pada mulanya semasa dibelikan katil tempat boboknya berkeras tidak mahu karena tidak suka kemudian itu bertukar fikiran setelah seluruh teman-sahabatnya adore terhadap canopy daybed ini lansong tidak mahu dilepaskan lagi...
Ingatkan, hanya digunakan setakat usianya 12 tahun, namun sehingga sekarang sudah 15 tahun lantas ditukarkan dengan yang baru mungkin sebuah katil à la Marie-Antoinette


Lebih kurang sebegini rupanya, kok tidak mahu.. !
Photo: Wikipedia

Jadinya, beralih tumpuan men-deco ke ruangtamu bagi perubahan kecil yang akan di selenggara tidak lama lagi...


Sepokok Azalée/azalea yang berada di dapur sekarang ini putik kuntumannya hampir mengembang mengadap terus ke ruangmakan.

Demikian, hari-harian yang mungkin berupa monyok namun masih ada yang segar dan lembut warnanya menjadi penyeri sebagai penawar rasa...