lundi 6 octobre 2014

Fantastik, encore ...

| |



Manisan kemarin Ahad, pemanis AidilAdha.

 Bikin tiga biji tarte, 2 saiz cenonet dan satu ber-saiz besar yang super yummy dari Chef termasyhur Christophe Michalak dimana punyai sebuah atelier Michalak takeaway & Michalak Masterclass di Paris.

Terdapat dua lapisan yang berlainan dari segi teksturnya Tarte Fantastik ini, lapisan terbawah adalah biscuit sablés shortbread dan lapisan atas dataran pula moelleux à l'amande. Gabungan rangup dan lembut sebagai asas pastry terhadap tarte Fantastik ini begitu serasi dalam kerasaannya yang segar berbuahan..

Lantainya disapukan dengan coulis de framboise/raspberry coulis, lingkaran bebuah framboises merah & kuning diraja petikan segar dari halaman yang di selangseli bersamaan crème chantilly à la vanille bagi melembutkan keseluruhan rasanya tarte ini yang sememangnya kena di antara satu sama lainnya, mahupun rasa masam manis buah-buah segar berries, manis manis buah coulis de framboise dan lemak-lemak manis lembut crème-nya vanille dengan pastry tarte yang rangup dan lembut supaya senang di sudukan tatkala menjamunya.

 versi cenonet yang comel, dilain kali harus di kurangkan lapisan kedua moelleux à l'amande karena se'eloknya ketinggian tarte pastry hanya setinggi 2 setengah cm sahaja.

 
Seisi keluarga adore Fantastik by Michalak.

Kelainan yang istimewa, bukan sejenis tarte klasik akan tetapi telah berjaya menambat rasa seisi keluarga... voilà.