vendredi 24 octobre 2014

J'ai la flemme/grande paresse.. !

| |

         

Salam Ma'al Hijrah/Awal Muharram & hari Jumaat nan mulia kepada semuanya.


Ya ampuun, sedia maklum semenjak dua menjak kebelakangan ini kok diri lesu tanpa kudrat walhal kebun taman dan rumah diuruskan juga...
Selepas itu satu badan terus ta' bermaya... petandanya sudah semakin berumur tua, gitu rupanya !

 Semangkuk cupcake berinti isi bebuah framboise/raspberry untuk dibawa ke rumah sebagai buahtangan bagi sahabat sekelasnya yang Bungsu, dan ada lebihan tiga mangkuk bakal minum petang sendirian...
 Duduk di dapur sepokok Bonsaï Orme-Elm de Chine yang dibeli belanja semasa bercuti di Barcelone Spain. Suhu cuaca semakin mendingin sejuk 4/5 °C sebelah pagi dan soirée terus mendingin beku, maka itu separuh pasu-pasu tumbuhan hijau/bunga telah di masuk kembali ke dalam rumah dan selebihnya ke bilik kebun simpanan. 


 Tiga pasu bunganya Cyclamen yang berwarnawarni sebagai penyeri di ruangmakan.

 Tidak berapa lama lagi tungkuapi/chimney akan beroperasi kembali.

 Ruang bibliothèque/bacaan library tampak seperti hutan belantara lagaknya, bonsaï dan azalée sekarang sudah di punggah masuk ke dalaman.

Bebuah apples dari halaman semakin mengurang, pada setiap hari dijamu sebagai pemanis segar... Alhamdulillah, semua jenisnya buah rasa maniis yang amat !

Begitu juga dengannya bebuah anggur, sudah dirasmikan dan kali ini hasil buah-buahnya besar, banyak dan manis, voilà.

2 commentaires:

azieazah a dit…

Di Msia sekarang ni bermula musim hujan Kak Ratna. Sejuk pagi petang siang malam. Banjir kilat pun ada di beberapa negeri.

Tergoda dengan epal manis tu...!

Cik Puan Eka a dit…

kat sini hujan panas, hujan panas je sis rat.

Aduh apple. Sejak pregnant, mmg gemar sgt makan apple. Lagi2 apple dari newzealand. Yang rangup2. Yang juicy.