lundi 13 octobre 2014

L'automne de mon village

| |


L'automne/autumn-fall/musim gugur di kampongulu semakin tampak berwarnawarni kontras seperti kuning kekuningan emas, cokelat terang, hijau kelabu, merah menyala dan pink air lembut...
Kemarin ke Marché/pasar terbuka terus sekali bersiaran ke kampong seberang sambil merakamkan beberapa photos sempena musimnya gugur.
Adore terhadap dedaun vigne vierge du Japon 'Veitchii' Pathenocissus Tricuspidata, dari menghijau terus memerah menyala, ceria meriah warnawarninya yang beralunan ombre.








Melilit lekat & menjalar kemas cantik di dindingnya tembok pagar yang tinggi !

Adore terhadap anak-anak tingkap jacobine/attic yang cenonet comel.

Walau gimana pun rupa façade sebuah rumah itu, yang pastinya di usahakan menjadi indah dengan pelbagai tumbuhan bunga supaya tampak menarik dan nyaman.

Lierre/ivy menjalar menjadi penghias tugu pagar rumah ini.

Mahu di lereng tepi jalanan rumah dan di setiap tingkap & jacobine-attic pasti ada terdapat hiasan bebunga.

Yang bergantung atau bertenggek kemas, rumah yang bertaraf silam tampak bertambah menarik di perhiaskan sebeginian rupanya.

Rumah ini kelihatan nyaman sesungguhnya... Madame-nya pasti seorang yang bersih, kemas, tertip dan rapi kerjaannya... setiap anak tingkap dan tingkap utama kelihatan berhias cantik, tenang rasanya...

Géranium bergantungan tampak sehat sejahtera dengan rimbunan yang cantik.

Poetic gambaran suasananya.

Kelihatan lanterne lampu untuk taman juga di bikin sebagai penyeri hiasan, cantik !

Berhenti sebentar bertanya khabar kepada Madame jardinerie yang peramah lagi budiman, dan didalam nursery-nya terdapat beberapa buah labu yang ya ampuun besarnya... dan pada minggu weekend ini ada majlis terbuka bagi pertunjukan pelbagai jenis buah-buah labu, mungkin akan pergi...