jeudi 27 novembre 2014

Darkness falls & The sound of silence...

| |



 Ruang cocooning...


Bulan November yang bernombor 11 semakin mendekati kepenghujung tarikhnya bagi menyapa-sambut bulan yang terbongsu yaitu bulannya Disember bagi mengakhiri tahun 2014...

Masa yang berpusing bersamaan dengan waktunya berlalu dan pergi bagai sekedip mata yang walhalnya ada masa dan waktu hari tersebut beransur perlahan bagai sang siput berjalan... dan tahun baru yang penuh dengan seribu makna akan diniat didalam perhatian yang dicita, supaya hasrat-hasrat yang dipilih sebolehnya akan tercapai, namun separuh darinya tidak kesampaian banyak kecundang dan terbiar tanpa dapat direalisasikan...
Demikian,
azam-azam tersebut hanya tinggal sebagai sebuah simbol semata bagi sempena menyambut kedatangan tahunnya yang baru... maka itu, tiada lagi azam-azam niat bagi setiap datangnya tahun baru karena baki-baki azam yang tidak terhasil itu dikembali-perbaharui semula supaya hasrat niat tersebut dapat jua direalisasikan dengan jayanya, Insya'Allah.

Disini Peranchis, keadaan suhu cuaca tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, boleh dikatakan suhu dimusim gugur pada kali ini kok hangat-hangat panas seakan serupa diwaktu musimnya bunga yang bercampur dengan kedinginan tahap es beku yang melanda secara mendadak, oleh itu banyak tumbuhan bunga dimusim bunga seperti tulip dan pivoine/peony telahpun berputik awal dari musimnya dan tidaklah tahu sama'ada nanti akan berputik semula !
Minggu depan sudah diramalkan bahawa es salji akan turun...
iya,
datang turun dari atas kayangan...
Insya'Allah, jika tidak berubah ramalannya pasti suasana di kampongulu akan meputih suci...



Gambaran suasana pada seawal pagi tadi, kekabus putih kelabu tampak suram namun langit membiru petanda mentari akan bersinar dengan gemilangnya...


Pintu pagar utama.



Pokok Tilleul,tampak suram didalam kabus... sekarang hanya dahan pepohonnya sahaja yang jelas kelihatan.

Sewaktu masih lagi berdaun...

 Gambaran pada tengah'hari (baru tadi) tampak terang benderang yang berlangit biru bersamaan sinar mentari nan jernih, Alhamdulillah..

Pokok Tilleul seratus tahun, kini telah rontok tidak berdaun sudah gugur bertaburan diserata kawasan halaman, kelihatan longgok-longgokan dedaunnya dikumpulkan bakal dibikin compost sebagai baja untuk tumbuhan semua.

"A picture is a poem without words" - Horace.

Meskipun agak suram akan tetapi tumbuhan dalaman telah berjaya menyerikan suasana...

Dari pembukaan minggu pertamanya Disember, hari-harian seterusnya akan padat dengan pelbagai persiapan bagi sambutan perayaan Noël/natal dan seperti biasa rasa gemuruh melanda lagi.. !

3 commentaires:

Khairul Abdullah a dit…

Kediaman anda sangat cantik :)

Bintangjauh a dit…

Salam En Khairul,

suasana nyaman lagi tenang itu diketengahkan bagi kedamaian dapat dirasai begitu terhapus rasa monyok dek keadaan cuaca yang tidak menentu keruan lagaknya sejak kebelakangan ini...

Salam mesra.

aishah nin a dit…

Saya ingatkan blog orang Perancis ke ape..

Salam ukhuwah :)