dimanche 2 novembre 2014

Prêt-à-manger/ready to eat

| |


Oh.., betapa sukar sekali ada terdapat chocolate cake yang boleh ditarafkan yummy sedap dan enak !
Pelbagai jenisnya yang telah dicubai bagi sesuai untuk di lapiskan dengan creme, ganache ataupun mousse namun recipe yang ada hanya setakat yummy biasa-biasa gitu...
Ada yang yummy namun tidak sesuai untuk di lapiskan, dan kali ini mencuba lagi dengan recipe dari Mary Berry yang boleh di grade-kan setakat "boleh tahan", lantas kerasaan hampa menyapa lagi...


 Tidak di glaçage-kan dengan chocolat yang digantikan dengan gelée de framboise/raspberry jelly, jadinya begitu berlawan kerasaan berry merah bersama kerasaan chocolat yang sangat serasi pabila keduanya digabungi.


 Tanpa hiasan tampak kosong hanya dedaun musim gugur yang dijadikan sebagai penaik seri, semulajadi natural !



 Foliage segar dari taman.



 Masih tidak tahu gimana rasanya gâteau ini, esok baru dirasmikan.



 Se-bouquet buah-buahnya framboises/raspberries yang terakhir dipetik dari kawasan potager dimana sekarang semakin mengurang dek musim gugur nan dingin.





 Sebiji gâteau berwarna merah hati terang yang berasa crème caramel au beurre salé à la fleur de sel de Guérande, ganache aux deux chocolats et au café espresso serré yang bersaluti dengan homemade raspberry jelly.





 Verdict-nya, terlalu padat namun rasanya super yummy dan di lain kali bikin saja sponge gâteau seperti swiss roll atau gâteau de Savoie aka savoy cake ber-chocolat sebagai asas gâteau yang perlu di lapiskan menjadi bertingkat dengan ganache, cream ataupun mousse begitu semuanya menjadi super yummy !


 Permandangan di luar semakin berubah rupa, pokok-pokok buah-buahan sudah pun rontok tidak berdaun dan selainnya berubah warna kemudian nanti akan terlerai dari cabang dahan-dahannya pokok menggugur jatuh menyembah ke tanah  dan sewaktu ketika itulah suasana sebenar musim gugur boleh di istihar...

 Lierre/ivy berjiran bersama Vigne vierge/virginia creeper yang sukanya tumbuh menjalar-jalar dibidang dinding pagar tembok.



 Daun-dedaun de Vigne-vierge, dari menghijau terus memerah galak.



 Diambang sewaktu senja tadi yang masih terang dek cuaca nyaman sekali disebalik lutsinar sinaran mentari nan jernih ... sepokok érable du Japon/Japanese Maple yang berupa bonsaï sekarang semakin bertukar warna dedaunnya yang memerah terang dan beremas kekuningan tampak ceria dimusim gugur nan monyok !
Kelihatan nun disana sebuah anak bukit jelas datarannya dengan sepokok dua yang rontok sudah tanpa dedaunnya yang telah gugur.



 Château seribu tahun...


nun diatas puncaknya sebuah bukit, dari balkoni tingkat lantai ke dua rumah yang mengadap terus ke arahnya permandangan sekarang semakin berubah rupa dimana kelihatan pohon-pohon pokok yang berubah tukar hampir menguning emas warna dedaun bagi musim gugur di kampongulu.


Minggu seterusnya diramalkan bercuaca mendingin sejuk yang disambut dengan cucuran air hujan rahmat...


4 commentaires:

Nazayiena Ayiena a dit…

so delicious....

NurbayaLily a dit…

Salam Ratna,
Resepi makcik mary tu memang knur pun kurang gemar.Agak upsetting ya sbb sepatutnya resepi org yg veteran dlm bidang baking seharusnya "out of this world"...

NurbayaLily a dit…

Sorry Ratna komen yg sebelum ni tergantung tiada kesudahan sbb nmpaknya handphone knur ni asyik tersekat2 aje.
Cantiknya daun2 merah di musim fall ini...Bila knur tatap gmbar2 yg Ratna paparkan hati bagai ditarik2 utk ke sans lagi...Adoiiii...
Salam rindu adikku....

Khairul Abdullah a dit…

Ratna,

Kek kamu nampak sungguh menggiurkan :).

Salam dari Germany.