dimanche 28 décembre 2014

Bonjour... Premiers Flocons

| |





Nun di sana kampong seberang tampak syahdu suasananya bersamaan es salji yang sedang turun dengan banyaknya.


Hari ini suasana di kampongulu kelihatan meputih suci... yang sebenarnya es salji telah pun turun dari hari Jumaat lagi akan tetapi mencair dek air hujan yang mencurah turun demikian melarutkan es salji lenyap sebegitu, lansong tidak dapat merakam gambarannya buat kali pertama dan akhirnya... voilà !

Entry sejenak saja, khas buat es salji yang turun dari kayangan...
sampai nanti.



 Pagi nan hening... kelihatan samar Château seribu tahun.


 Sekuntum mawar yang masih mengembang mekar ditepi terrasse tampak cantik dengan selaputan es salji.


 Dari belakang taman, nun disana kelihatan selereng anak bukit bersamaan sepokok Hêtre/fagus sylvatica yang duduk sendirian...


 Sepokok apple bebuah comel cenonet yang meranum merah tampak cantik dengan selaputan es salji.


 Cantik !


 Serumpun pokok bunga Ciste/cistus yang bersebelahan dengan bahagian potager sayuran.


Pokok bunga Sédum yang sudah kering tampak menarik dengan tompokan es salji diatas bunganya.

Hingga sekarang es salji dari kayangan masih menurun suci warnanya ... diluar suhunya -3 dan esok akan bersuhu -9, pada hari Rabu ini akan bersuhu teramat sangat dingin yaitu -21... brrr !

***
Hari ini 29/12/2014 bersamaan harinya Isnin selepas menghantar yang Tengah ke airport de Lyon destinasi Belgium bruxelles bagi meraikan majlis sambutan tahun baru disana.
Sempat ke kampongulu seberang yang berada nun diatas lerengan bukit-bukit  yang berdataran kawasan pertanian dan penternak bagi merakamkan beberapa gambaran permandangan dingin disini yang tampak begitu menarik cantik lagi suci warnanya...

Tatkala gambaran ini dirakamkan suhu cuaca begitu dingin tahap beku sesungguhnya... -5°C jam 3.00 petang.

 
Demikian, pepohon dahan berselaputi dengan es menjadi putih semuanya.


 Pokok ini tampak cantik !

Sebarisan pokok-pokok yang berada ditepi lerengan anak bukit.


 Dari dekat, dahan-pepohon halus yang bersalutan es tampak cantik !

 
 Nun disana sayup mata memandang... kelihatan Château seribu tahun bertapak dengan megahnya.



Inilah Château seribu tahun yang mengadap terus dapat dilihat pandang dari balkoni rumah.

 
Sebenarnya dari sini boleh kelihatan dengan jelasnya gunung yang terpaling tinggi puncaknya di Europah yaitu Mont Blanc tapi sayangnya hari ini dengan keadaan cuaca yang berlangit kabus kelabu maka itu tidak kelihatan...

  Petak-petak dataran bagi perusahaan tani & ternakan.

 Kawasan pertanian yang luas.

 Sepasang anak kuda & cheval de trait/chart horse.

Pandang memandang kearah siBintangJauh yang sedang sebok mengambil photos !


gambaran terakhir dimana jari jemari sudah beku serasanya sampai mahu menekan punat camera kok tidak terasa... angin meniup deras brrr dan es salji akan turun lagi dan lagi...