dimanche 18 janvier 2015

Panorama de la Bastille

| |


Awal petang tadi pergi ke Grenoble melawat anak lanang yang Sulong... rindu kali terhadap anakku.
Singgah dahulu di patissier belanja gâteaux manisan untuk yang Sulong sebagai minum petangnya.
Selepas rindu terubat sudah melambai kasih kepadanya... sebelum pulang ke kampongulu menyinggah sekejap ke puncak bukit Fort de la Bastille (1824) bagi menyaksikan deretan gunung-gunungnya yang meputih dek salji yang banyak turun pada malam tadi.

Dari puncak bukitnya Bastille terbentang dataran lembah satu Grenoble yang dapat disaksikan dengan sepenuhnya !
Terdapat tiga rangkaian massifs gunung-gunung yang melingkari lembah Grenoble yaitu massif du Vercors, la Chartreuse dan la chaine de Belledone.
Dikurniakan sekali dengan panorama sebuah Gunung Putih yang terpaling tinggi di Europah !

 Bahagian la Belledone.


 Sebahagian rupa Grenoble.



 


 
 Alam semulajadi bersamaan kejadian manusia.

Bahagian le Vercors.
 Bahagian la Chartreuse.



 Lembah Grenoble.

 Sungai l'Isère.
 Jalan lurus Cours Jean Jaures.


Pabila tiba kegerbang jalan masuk bandarnya Grenoble disambut dek bangunan sejarah Porte de France yang dibina pada 1620.


Bangunan penginapan apartment zaman silamnya.

Grenoble dan gunung-gunungnya.



 Dari Bastille tersergam indah gunung yang luar biasa kejadiannya yang boleh disaksikan dengan nyata bahawa gunung yang terpaling tinggi puncaknya di Europah le Mont Blanc seakan berada dekat dari sini Grenoble walhal jarak-jauhnya (Chamonix Haute Savoie) dalam anggaran 113 km.
 GunungPutih Mont Blanc.

 Nyaman permandangan dari sini...

Indah sesungguhnya.
 Syahdu.

 KebesaranNya.


 Hari semakin lewat... hampir senja, cahaya tampak samar-samar kelabu petanda harus menyusur pergi...
melewati jalan-jalan yang meliok lintok umpama ular disebat... perlahan mobil dipandu menyusur turun jalan yang sempit didalam diam hati tersenyum manis...