dimanche 1 février 2015

Kayangan

| |




 Gambaran pagar hadapan yang bersuasana tenang, tatkala ini es salji dari kayangan berterusan turun dengan bintik-bintiknya nan lembut baldu...
Hari Ahad yang berlapikan dengan hamparan permaidani putih suci.

Dari balkoni... es salji semakin menebal dan Château seribu tahun tampak mengabus putih tidak kelihatan dek turunan es salji...

 Kabus baldu suasananya ketika es salji sedang sarat gugur...

 Berhenti seketika, terus di rakamkan sebelum menuju ke kampong seberang di mana terdapat s-market untuk belanja bakal sepanjang minggu seterusnya.

 Cantik dan indah permandangannya.

 Atap-atap rumah bersamaan pokok-pokok di lereng bukit yang bersaluti dengannya es salji.

 Seperkara lagi di sini Peranchis (juga permandangan lumrah di Europah) mengenai bukit-bukitnya yang berdataran kosong tampak unik bilalagi udah di selaputi oleh es salji.

 Gambaran photo yang di ambil dari balkoni rumah belah kanan di mana sebenarnya kampongulu ini di kelilingi oleh bukit-bukit dan lembahnya (tanah rata) agak tenggelam di antaranya maka itu lokasinya yang sebegitu agak sukar untuk mengesan frekuensi radio !

 Selepas belanja di s-market singgah sebentar di Mc Do belanja bekal makanan buat yang Bongsu, kelihatan bahagian luar di terrasse pangkin duduknya juga meja makan kok beralas lapik dengan es salji.

 Teruja karena tampak cantik !

 Tanpa dipinta CintaJL bilang apakata sebelum pulang tukar haluan dan pelawa bersiaran pergi ke tasik yang berada 8 km dari rumah, jadinya singgah sebentar bagi menyaksikan permandangan kawasan tasik yang ber'es salji...

 
 Sejoli itik... airnya tasik pasti amat dinginnya dan pasangan itik ini kok enak terampung bersama...

Terdapat juga sekolah melayar boat dan aviron/rowing, pabila musim semakin panas di tasik sini begitu terkenal tempat untuk berkelah yang bermula seawal musim bunga.

Bot kecil bersalut es salji.

Tasik, bot kecil, deretan itik-itik dan rumah-rumah kediaman, gabungan yang boleh di lakari seperti sebuah lukisan.

 Di dalam kedinginan sesungguhnya permandangan indah dari sebuah tasik tampak nyaman dan tenang.


 Voilà.