vendredi 10 avril 2015

Tulips

| |


Tulip...
yang
berupawan unik
sesiapa pun pasti teruja terhadap kecantikannya..

 Baru bermula buka kelopaknya.

 Merah menyala !

 Baru ditanam bawah teduhan pokoknya Tilleul pada musim gugur yang lalu yang sekarang semakin menyerlah kembang sudah.

 Dalam sekampit terdapat 50 biji bawang-bawang (bulbous plant) yang bercampuran warnawarni dan bentuk rupaparas bunga-bunganya, oleh itu tidak pasti gimana gabungan warna tersebut akan menampil kejadiannya...

 Putih susu ber-cream... tampak mulus warnanya.

 Ada yang runcing, bujur oval dan bulat melebar.

Yang ini tumbuh disebalik belakang pokoknya Tilleul yang mekar sejak seminggu lalu.

Gambaran sekarang Tulips yang lengkap kembangannya.

Rupanya banyak yang berwarna putih...


Semingguan ini cuaca dan udara begitu nyaman yang bersuhu sederhana panasnya, demikian waktu harian tertumpu kepada taman bagi menghargai suasana musim bunga nan indah, syukur Alhamdulillah keatasNya demi keindahan taman hijau yang berisian kembangan mekar.
Sampai nanti.