mercredi 17 juin 2015

Confiture-gelée aux framboises

| |


Simpanan confiture-gelée/jam buah framboise/raspberry sudah habis, demikian pada awalnya petang tadi bermula bikin sebanyak 6 kg dan dapatnya 14 bekas, iya cukup bagi sepanjang musim panas ini.
Namun,
masih berbilang banyak berkampit-kampit terdapat didalam peti es beku/freezer, ada lagi 18 kg = 18 kampit.
Dihalaman sudah kelihatan ranuman bebuah framboises/raspberries yang perlu dipetik, petanda musim panas hampir menjelang tiba...

 Kejadiannya, yang telah dimasak bersama yang segar dari kawasan potager.

 Merah cukup ranumnya.

 Rupanya tumbuhan framboise/raspberry dari anak putik sehinggalah keranumannya.


 Permulaan membikin confiture-gelée raspberry.


Bekas jar harus direbus/sterilised jar dahulu, gula, penapis  bagi peringkat pertama kemudian pula harus diperah dengan sehelai kain mousseline, proses memerah yang kesabarannya perlu kukuh dimana ianya memerlukan kudrat + sabar karena semasa perahan memakan masa... ya ampun, selepas sudah kedua tangan dan lengan kok lenguh kali !

Voilà.

Esok, bermulanya hari pertama Ramadhan nan mulia bagi berpuasa selama sebulan, kepada semua para bloggers & pembaca, Ratna sekeluarga mengucapkan Selamat berpuasa bersamaan amal jariah yang akan ditunaikan sepenuhnya, Amin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.