lundi 22 juin 2015

Délice aux fruits rouges

| |


Sejak dua tiga hari ini asyik bermanisan dengan bebuah framboise/raspberry, karena bebuah yang ranum kok banyak sekali sampai mengelak pergi ke kawasannya...
Malam semalam, pemanis buka puasanya es cream buah raspberry dibikin oleh CintaJL, yummy...
Dan hari ini pula tarte amandine aux framboises.

Petik semangkuk bagi satu adunan kecil karena yang Bongsu kok tidak berapa suka tarte yang berlapis dengan kekacang badam .

Kejadiannya, manisan sederhana namun yummy.

Se-vase bouquet tangkai-tangkai bebuah framboise sebagai penyeri  dari kawasan potager/sayuran.

Semasa mahu memetik buahnya framboise jiran sebelah juga ada di tamannya, lantas berbual mesra dan bertanya mahu bikin apa nanti?

Terus katakan sebiji tarte amandine aux framboises dan seperti biasa setiapkali membikin manisan pasti pelawa untuknya dimana jiran duduk sendirian oleh itu setiap kali memberi manisan dipesan jangan banyak karena dirinya hanya seorang dirumah yang akan menjamahnya.

Terkenang semasa dikampong halaman, setiapkali membikin manisan pasti berkongsi dengan suku sakat dan jiran terdekat dan setelah menerima akan dipulangkan dengan balasan yang setimpal lagi serupa yaitu seperti apa jua manisan, buah-buahan juga masakan.
Disini Peranchis juga serupa adatnya, setelah memberi pasti dibalasi kembali.

Dirumah pula tiada siapa kecuali yang Bongsu dan selainnya berada di Grenoble.


Lebihan adunan, extra-nya persegi panjang.

Voilà, rupaparasnya setelah dipotong.

Nah, semenjak punya sepasu pokoknya bunga raya-hibiscus kok teruja dan ter..... jadinya... setiap kali berada diterrasse/patio pasti menghala kearahnya, belek sana dan sini sambil anakhati berseruan entah apa !

Bunga raya lambang bunga rasmi kebangsaan Malaysia...
Hari ini kelihatan beberapa kuntuman yang terbuka mekar.


Géranium berada duduk di rumah dépandance/out-building juga berbunga sudah yang nanti akan tampak merimbun dengan banyaknya...

 Tiga rimbunan lavender semakin jelas terbit warna biru keungguannya.

Begitu juga dengan hortensia-hydrangea yang sekarang tampak semakin jambu warnanya.

 Warna tenang & lembut.