mardi 9 juin 2015

Pandan Chiffon gâteau

| |



Akhirnya... bikinkan juga sebiji gâteau chiffon perasa pandan.
Keputusan diambil telah lewat petang, hampir jam lima namun tertunai juga.. seperkara lagi inilah terjulung kalinya membikin kek chiffon dimana selama ini tidak pernah mencubainya, mungkin ada tapi tidak serupa dan tidak pernah dipaparkan.


 Chiffon yang ringan lagi lembut.

 Teksturnya lunak dan lembut, mungkin dengan adanya santan susu kelapa namun pabila dipotong perlu berhati-hati dek kelembutannya.

 Seringkali yang pernah dimakan agak kering dan pabila dimakan tidak terasa namun suka juga sebegitu, akan tetapi bagi chiffon kek ini tidak kering tapi lembut, ringan dan gebu kejadiannya.

 Resepi yang semestinya disimpan karena serasi dengan citarasa selera.

Sebelum masuk kedalam ketuhar disuruh hempas-hempaskan loyangnya buat beberapa kali diatas permukaan benchtop supaya nanti dindingnya tidak berlubang-lubang namun kok masih terjadi walhal hempasannya agak berang tapi manja ! Dilain kali akan hentak loyangnya berganda kali gitu tidak berlubang !

Tadi, lihat kembali kejadian chiffon kek dari bloggers yang terkenal dan keknya juga berlubang-lubang tapi lubangnya agak kecil, katahati mungkin hentakan keatas loyang kek kena kuat dan padu, gitu kejadian dindingnya tampak halus dan kemas.
Para bloggers yang budiman, apakah petua-petua yang selainnya?

Voilà, percubaan yang pertama, dilain kali akan mencuba perasa dari buah-buahan pula.