lundi 1 juin 2015

Pokok pisang & Potager

| |


Percaya ataupun tidak bahawa disini Peranchis pokoknya pisang boleh tumbuh dengan sejahteranya ! Pada awalnya yakni pada tahun pertama menetap dikampongulu pabila pergi belanja ataupun bersiaran kekampong-kampong seberang pasti akan ternampak tumbuhan pokok-pokok pisang yang ditanam oleh penduduk disini dan berbisik hati betapa orang Peranchis suka terhadap pokoknya pisang !
Alhamdulillah, pokok akan membesar tinggi sama seperti ditanahair kecuali/sayangnya tidak berbuah...
Semenjak menetap dikampongulu tertambat hati untuk punyai sendiri pokoknya pisang ada dihalaman, begitu boleh saja ambil dedaunnya bagi pelbagai kegunaan, akan tetapi pokok yang dijual sekarang ini hanya untuk hiasan semata dimana tidak boleh digunakan dan jiran sebelah punya pokok pisang yang beranak-pinak... setiap musim bunga bermula membiak dengan suburnya, selama ini hanya berani meminta dedaunnya khas untuk lebaran sebagai pengalas lapik pulutnya kukus bagi harum namun tidak terluah ketika harinya lebaran tiba dan seringkali ditegur secara lembut dek jiran bahawa jangan segan-segan dengannya, lantas terus dipelawa sepokok anaknya pokok pisang, Alhamdulillah... boleh dilihat dari setiap penjuru berada dihujung kawasan framboisier/tumbuhan raspberry dan potager.
Semoga menumbuh subur dengan sejahteranya.

 Iya yang benar... pokok pisang dikampongulu Peranchis !

 Kawasan potager/sayuran, kelihatan kobis, choux de bruxelles/brussels sprouts dan kobis cina.

 Les courgettes/zucchinis dan ubi kentang.

 Kobis cina.


 Tomates dan ubi kentang, selainnya nanti-nanti ya...

 Rimbunan lavender yang semakin tinggi.

 Akan berbunga unggu pada pertengahan bulan ini.

 Cornouiller du japon/cornus kousa yang ditanam pada tahun lalu.
 Adore dengan bebunganya.

 Walaupun tampak sederhana rupaparasnya namun tertambathati terhadapnya.
Pokoknya akan membesar tinggi merimbun cantik !

 Pivoine warna cream susu dari Ibumertua ditaman oleh CintaJL pada hujung tahun lalu, kali pertama berbunga.

 Pivoine/peony herbacée juga sekarang sedang terbuka kelopaknya.

 une fleur magique...
Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan???

 Mawar merah...

 Semakin banyak terbuka mekar bebunganya.

 Nyaman suasananya ditemani dek pelbagai mawar setiap kali berada diterrasse/patio.

 Kurniaan alam semulajadi yang dihargai sesungguhnya...

 Mawar peach lembut sebesar telapak tangan.

 Lembut cantik rupaparasnya.

 Kawasan khas dengan pelbagai tumbuhan jenis perennials yang nanti akan bertanding-tandingan keatas kecantikan bebunganya !

 Lupin.

 Strawberry liar banyak menumbuh pada tahun ini!

 Petikan bebuah cherry dari pokoknya, berbuah banyak namun kok banyak yang gugur dek ising-beku/frost diawal bulannya April lalu.

 Demikian, dapat juga merasainya... iya syukur ya amat !
akan bersambong..