mercredi 15 juillet 2015

Emas jernih

| |


Hari demi hari suhu naik meninggi, panas terik lagi membahag panas... awal petang tadi pergi ke Grenoble semata untuk belanja bahan-bahan yang diperlukan bagi juadah lebaran. 
Esok suhu panasnya sekitaran 35°C, di halaman kelihatan rumput-rumput menguning kering dan pokok-pokok framboise/raspberry tampak tidak bermaya dan bebuahnya mengecut lansong terencat peranumannya, demikian hasil petikan mengurang...
 Takungan air hujan sudah kering-kontang... setelah itu hanya menggunakan air paip, semenjak minggu lalu di beri amaran supaya berhati-hati dengan air paip untuk siraman kepada segala jenis tumbuhan tanaman yang di larang menyiraminya pada setiap hari.
Kemarin, sebelah petang kelihatan petani sedang menuai padi cereal yang cukup matang dengan machine khasnya dan sisa-sisa tangkai cereal di gulung kemas bakal makanannya lembu ternakan pada musim dingin nanti. 
Kali ini dapat merakamkan beberapa photos karena di kawasan potager/tempat sayuran ada tangga panjat lantas memudahkan lagi bagi petikan gambaran yang sekurangnya tampak gimana suasananya...


 Satu gulungan tangkai-tangkai cereal.

 Saiznya besar kali...

 Adore permandangan emas jernih.

 Dari potager/tempat sayuran boleh dilihat terus kawasannya pertanian.
 Rumah kandang lembu dan tempat simpanan hasil tani.

 Gambaran sepenuhnya.

Photo terdahulu yang dirakamkan dari terrasse/patio tampak jauh...

Bunga chardon bleu/biru - echinops ritro yang tajam berduri banyak bunganya pada tahun ini, bunganya boleh dikeringkan menjadi bunga kering sebagai hiasan.

 Kawasan khas bagi kumpulan pelbagai jenis tumbuhan vivaces/perennial.

 Terletak di pinggiran laman mengadap rumah outbuilding.

 Hortensia-hydrangea tampak terbuka mekar mengembang dengan sepenuhnya.

 Semenjak cuaca suhu panas naik meninggi, ianya perlu disiram hampir pada setiap hari dimana pada tahun-tahun sebelumnya tidak perlu dilakukan sedemikian rupa.


 Bunga-bunga mawar rose juga berbunga-bunga cantik pada pusingan yang ke dua !

 Se-bouquet mawar merah.

 Kurang air jadinya kuntum-kuntuman mawar mengecil dimana saiz sebenarnya lagi besar...

Glaïeul/gladiolus hijau dan kuning sudahpun ngembang...

"Esok" hari terakhir Ramadhan nan mulia dan kelewatan membikin biskut-biskut tidak nampak kejadiannya... 
akan bersambung.