jeudi 2 juillet 2015

Pemanis rasa pandan & santan

| |

 Hari ini bikin manisan yang dingin lagi nyaman bagi meredakan bahang panas yang melanda satu Peranchis yang akan berterusan sehingga minggu hadapan... demikian pemanis rasa pandan dan lemak putihnya santan begitu sesuai dengan cuaca yang berbahang sepertinya bara api !

 
 Dibawah teduhan pokoknya tilleul terdapat tumbuh-tumbuhan vivaces/perennial yang berbunga kembang tanpa henti.

Sago pandan bersantan lemak.

 Sebagai hiasan, biji-bijian sago diatur atas permukaannya.

 Gunakan pes pandan buatan, maka itu warnanya tampak tidak asli.
Dinginkan dalam peti es baru rasanya jadi nyaman...

 Manisan biasa tapi rasanya lembut lagi nyaman dan yummy.
 
 Hortensia-hydrangea yang ber-palette warnawarni.

 Damai suasana pabila ada warnawarni nan lembut lagi halus.

 Jambu kali !

 Unggu & jambu air.

 Sang lebah dan lavender-nya.

Satu baris ada 6 lavender dipinggiran terrasse.

Sang lebah adore berkerumun dikalangan lavender.

Lys warna taupe udah ngembang

Tempat khas tumbuhan jenis vivace/perennial sekarang berwajah warnawarni dengan kembangan bebunganya.
 Yang ini warna fuchsia jambu yang terang lagi galak !

Nama bunga ini kok tidak pasti namanya dan yang ini serupa dengan yang fuschia tapi lain warna yaitu unggu lembut.

Dahlia.

Bunga ini kok bizarre pelik rupaparasnya namun boleh bertahan lama mekarnya.

Laurier rose bunga merah baru ditanam sebulan yang lalu duduk ditepi terrasse/patio.

 Meskipun angin berembus nyaman oleh suhu panas yang berbahang-bahang bikin berpeluh basah bajunya sama'ada berada didalaman rumah ataupun diluar halaman, itu semua lenyap... lalu terubat sudah dengan keindahan alam semulajadi yang telah berjaya menangkas segala kepayahan luaran !
 
Sampai nanti.
 

7 commentaires:

azieazah a dit…

Salam Kak Ratna,
aduhai sago tu. Nampak lemak dan haruslah wangi baunya. Sejuk nyaman di tekak.

Nor Azira Mohd Yunus a dit…

Salam. Rajinnya menyusun biji sago itu dan betapa precise kedudukannya. Cantik sekali

Ros a dit…

Assalamualaikum wbr Ratna,

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Saya menyusun sepuluh jari mohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang tempoh saya 'berkunjung' ke halaman Ratna.

Salam manis dari Jasin,
Ros.

Bintangjauh a dit…

Salam AA,

Manisan berupa biasa lagi senang di bikin dan bak katanya AA sejuk nyaman di tekak maka itu sesuai pada cuaca yang suhu panasnya membahang sehingga ke malam...
salam mesra.

Bintangjauh a dit…

Salam Nor Azira,
Waktu di sini serasanya tiada penghujungnya... bagi mendamaikan diri satu lepas satu butir-butiran bijinya sago di susun mengikut permukaan bekas gelas...
Salam mesra.

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam wbr dan Assalamualaikum wbr Ros,

Ratna nantikan harinya lebaran ya Ros yakni hari rasminya untuk kita beraya dan bermaaf-maafan, namun begitu Ratna sambut ucapan darinya Ros nan budiman.
Seperkara lagi mengenai e-mail Ratna tidak lansong menggunakannya karena e-mail Ratna telah lama di tutup dan sekiranya Ros sudi boleh lampirkan nombor telephone Ros begitu Ratna akan menghubungi Ros di masa yang terdekat.
Salam manis dari kampongulu.

Cik Puan Eka a dit…

aduh sis rat. kok rajin benar menyusun sagonya satu2 diatas. dengan kemasnya. suka tengok. pasti sedapp