mercredi 23 septembre 2015

C'est le 1er jour de l'automne.

| |


Tamat berakhir sudah musimnya panas, dan silakan... jemput datang musimnya gugur yang bertarikh mula pada hari ini...
Lewat malam semalam air hujan turun mencurah-curah banyaknya dan pagi ini langit berwarna kelabu tampak suram dan air hujan rahmat telah diramal akan turun lagi pada hari ini.

Setiap kali musim gugur muncul serasa hati juga berguguran sama mengikut latarbelakang musimnya gugur tersebut, bukan gugur jantunghati ataupun yang berkaitan dengan rasaperasaan akan tetapi keadaan musim gugur yang membikin diri terasa sama seperti musimnya gugur yaitu suram muram, kelabu dengan warna langit yang ber-atmosfera kekabusan disetiap penjuru kampongulu...
Namun demikian, keindahan warna warni masih terserlah oleh saki baki atau kesan-kesan peninggalan musimnya panas yang masih lagi meriah suasananya dimana masih kelihatan bunga-bunga yang berterusan mengembang mekar tanpa henti berputik lagi dan lagi...

 Dalaman ruangtamu tampak suram...

lantas lampu-lampu perlu ada pada setiap sudut ruang..

 Begitu, pabila menjelangnya senja lampu dihidupkan bagi menyerahi ruang yang samar dan tidaklah terasa kekurangan cahaya melainkan ada sesetengah penghuni suka berada didalam suasana samar seakan ruang "lounge-mood".
Suhu dalaman semakin dingin dan sekiranya persis cheminée/chimney fire pasti akan digunakan pada masa yang terdekat.

 Château seribu tahun tampak megah yang berbukit tinggi dengan rimbunan pohon-pohon pokok yang masih kelihatan menghijau indah permandangannya, meskipun langit tercomot kelabu....

 Gambar-gambaran dipersekitaran kampongulu dimana photos diambil dari balkoni lantai dua yang terus menuju pada setiap sudut dan penjuru kawasan sekelilingnya.

 Puncak selereng bukit nun disana.

 
 Yang ini puncak bukit dari belakang halaman.

 Lembah dari sebuah perkampongan seberang.

Puncak bukit dengan segumpal awan kelabu susu.

Namun demikian dihalaman-taman masih kelihatan warnawarni yang galak warnanya... dalam hati berbisik bahawasanya setiap yang tampak murung pasti ada penawarnya yakni kembangan mekar yang menghuni taman dapat menceria-nyamankan rasa perasaan, Alhamdulillah dengan rahmat ini...

Sepasu Géranium duduk disalahsatu pintu-pintu dirumah out-building.

Bunga-bunga Matahari comel cenonet dipinggiran kolamrenang masih berbunga rimbun.

Esok adalah HariRaya Haji/Qurban, disini tidak cuti jadinya sendirian dimana anak-anak semua diwaktu pengajian memasing dan akan menyambutnya setakat yang mampu saja.

Dari sekeluarga BintangJauh se-bouquet ucapan kepada semua para pembaca dan para bloggers nan budiman  Selamat menyambut HariRaya Haji/Qurban semoga senantiasa berada didalam kesejahteraanNya.


1 commentaires:

NurbayaLily a dit…

Assalamualaikum Ratna,
Di sini knur ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha buat Ratna sekeluarga..
Musim gugur dtg lagi hati bagai ditarik2 utk ke Paris lagi tapi apakan daya RM lemah kini maka simpan dulu angan ini...
Hingga ketemu lagi Ratna...Salam rindu