mercredi 16 septembre 2015

Les raisins blancs

| |




 Tampak semakin meranum...

 Makin hari makan bertukar warna kulit buahnya anggur, warna bertukar jernih lutsinar pabila dilihat dari dekat, serasa geram kali !

 Semasa bercuti di Greece pada bulan yang lalu, terdapat banyak tanaman pokok anggur dikawasan rumah, kedai dan restaurant dan berkata didalam hati betapa mereka gemar terhadap tumbuhan yang unik ini karena dimana-manapun pasti ada.
Inilah permandangan dikala menjelangnya musim gugur, adore bersiaran disekitaran taman sambil mengerling kearahnya.




Tuaian kacang buncis pada pusingan yang kedua, Alhamdulillah dapat sebanyak 3 kg, asing-asingkan mengikut saiz-nya yang akan dibekukan sebagai simpanan bakal musim dingin nanti.


 Sambungannya..,
Selama dua setengah hari angin bertiupan kencang 100 km/h sehingga segala yang ada ditaman berterbangan melayang dimana pasu-pasu bunga menyembah terrasse, solar CintaJL roboh, hiasan ceramic diatas tiang pagar hadapan jatuh pecah berkecai dan sebahagian tumbuhan bunga sederhana besar menyembah bumi dan buah-buah apples habis tergugur jatuh dek tiupan angin yang kuat sekali, nasib baik pokok-pokok tomates tidak sengsara dek tiupan angin hanya dua tiga pokoknya yang terbengkok melabuh ke bawah tapi tidak patah.

Diwaktu yang sama air hujan rahmat turun dengan banyaknya... dan dipertengahan malam elektrik terpotong selama 20 menit didalam kegelapan seluruh kampongulu yang dipecahkan keheningan malam dengan bunyi sirennya ambulance petanda satu kecemasan mungkin terjadi.
Dan hari ini cuacanya cerah dan jernih meskipun awal pagi tadi air hujan turun lagi...
Dari pagi tadi membetulkan apa sahaja yang rusak dan Alhamdulillah di potager sayuran tampak segar setelah dua hari dicurahi oleh air hujan dan kelihatan strawberry masih berterusan berbunga dan berbuah, iya yang benar.. !



Bunga strawberry tampak comel.

Putik buah, bunga dan buahnya strawberry kelihatan begitu banyak.

Mungkin berbuah sehingga sekarang karena pada bulannya July begitu panas tahap kemarau yang menyekat dari memberi hasil yang sepatutnya.

Walhal musim strawberry sudah lama berakhir, mungkin juga karena strawberry yang ditanam jenis bio/organik maka itu masih berbunga dan berbuah.

 Senanghati karena masih boleh menikmati buahnya strawberry dimana bukan musimnya lagi, diharapkan anak-anak putik buahnya akan sempat membesar dan meranum sebelum suhu menurun dingin.

Dapat dua bekas buah apples yang dikutip jatuh dek tiupan angin...

banyak jatuh bergelimpangan merata dihalaman.

Nanti mahu bikin compote/puree, yummy.

Bunga Aster ngembang sudah.

Warna jambu keungguan.

 Dan mawar Prince de Monaco juga rancak berbunga...

Assalamualaikum kepada semua dihari Jumaat nan mulia.

3 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

buncis. sedapnya. antara vege kegemaran eka. tumis dgn bumbu bawang putih, merah dan bilis. direnjis kicap. fuh sedapnyaaa

cik hani a dit…

assalamualaikum..

alahai..sedapnya tengok anggur bergugusan.
sedap kalau boleh petik tu.
segar sangat..
kacang buncis pun sama..

Bintangjauh a dit…

Salam Eka dan Wa'alaikumsalam & salam cik Hani,

Alhamdulillah kehadratNya sumber rezeki hasil berkebun pada tahun ini tampak lumayan, dan kak Ratna juga suka tumiskan kacang buncis bumbunya bawangputih dengan kicap... nyaman rasanya !

Iya Hani, bebuah anggur sudah dirasmikan dan rasanya amatlah maniiis... sekurangnya dapat merasa lebih pada tahun ini, Alhamdulillah.

Salam mesra.