dimanche 20 septembre 2015

Selamatkan pokoknya tomates...

| |


Seperti yang telah dinyatakan pada entry yang sebelumnya dimana sewaktu ribut angin yang melanda dikampongulu banyak tumbuhan sengsara longlai menyembah bumi, begitu juga dengannya pelbagai jenis tomates dimana terdapat tiga pokoknya yang terbengkok labuh yang bernasib baik tidak patah pohon-pohonnya.
Tomates Roma bersama tomates Grappes.

Perlu pertahankan dengan satu lagi kayu sebagai sokongan kuat terhadap pohonnya tomates bagi menampung berat bebuah yang ada.

 Setelah diikat kembali.

 Tomate yang menumpang kasih lagaknya !

Sebiji tomate coeur de boeuf menumpang teduh bersama tomates des andes.

 
 Hairan sekali kok tiada satu pun buah-buah tomatenya jatuh, cuma tomates cerises yang ada terjatuh tapi tidak banyak.

Tomates cerises.

 Tomates cornus des andes yang runcing melonjong seriras corne de chevre/Capsicum genus.

Tomate Coeur de boeuf sedang meranum.

walhal buah-buah yang ada begitu banyak dan pastinya berat bagi menampung keberatannya namun demikian kok gagah kali pohonnya... iya yang benar !

Kelihatan kesan-kesan tanah masih melekat dibadannya buah tomates.

 Kacang buncis harus dipetiktuai lagi.

 Choux de Bruxelles semakin membesar.

Dan terdapat beberapa pokoknya yang boleh dipetik untuk dirasmikan buat pertama kalinya.

 Ooh là là là... Honey Aristocat sudah berani memanjat tebingan tembok sampai pergi kekawasan jiran sebelah... ketika bersiap sedia mahu turun lagaknya !

Mawar putih susu ngembang tanpa henti.

Sampai nanti.

1 commentaires:

Kak Rose a dit…

Salam Ratna... semuga sentiasa ceria sepertinya buah2 tomatoes yang cantik dan fresh kat pokok tu...
geram nya tengok segala tanaman yang menjadi. you really got a green fingers, Ratna.
Salam Aidil Adha buat Ratna sekeluarga.