dimanche 6 septembre 2015

September, sedikit musim panas dan separuh musim gugur...

| |


Hari ini udaranya dingin sekali karena angin berhembus tanpa henti, pagi yang bersuhu 9°C dan sebelah petang pula bersuhu 17°C, brrr.. !
Bulan September sering digambarkan sebagai bulan yang tiada kepastian terhadap suhu dan cuaca karena nak dikatakan musim panas tidak juga dek suhu yang menurun jadi dingin dan nak dikatakan musim gugur juga tidak dek tumbuhan yang masih menghijau lagi rancak berbunga dan berbuah !
Oleh itu bulan September adalah bulan "perantaraan" atau bulan yang punya dua musim.
Demikianlah peredaran musim yang bertukar  mengikut pusingan kalendar musim-musimnya, waktu berlalu menuju ke penghujung akhir tahun ini dan keseluruhan bab-bab kehidupan yang dilalui tidak pasti kesudahannya karena setiap perancangan adalah kententuan dariNya semata.


Le Gaura de lindheimer tumbuhan tinggi dan tangkai-tangkainya halus lembut melentok-lentok gemalai tampak cantik bersamaan bunganya berupa kupu-kupu.

Anemone Du Japon.

Bunga matahari comel cenonet.


Serumpun matahari dipinggiran kolamrenang.

Dijadikan pengadang karena pokoknya tinggi.

kawasan koleksi bunga jenis vivaces/perennials.

Koleksi bunga agapanthe dipinggiran kolamrenang, tahun ini tidak berbunga banyak karena pada bulan 7 yang panas membahang tahap kemarau.

 
Le gaura tampak cantik yang berlatarbelakangkan dengan bunga sédum.

Sédum.

Yang ditanam dibawah teduhan pokoknya tilleul.




Dari dekat, warna jambu nan lembut.

Ada terdapat dua jenis sédum yang halus warna jambu air dan warna merah jambu.

 
Anak-anak putik framboises/raspberries berbuah lagi.

 
Selepas musim panas tahap kemarau disepanjang bulan 7 dan awal bulannya 8 yang malang sekali semua buah-buah framboises terkecut dan kering jadinya... oleh itu pada pusingan pertama tiada hasil darinya.

Alhamdulillah... syukur kepadamu yang Maha Pemurah dirahmati air hujan yang turun mencurah-curah lantas menyegarkan kembali ke semua tumbuhan dan pokok-pokok yang ada.
Kelihatan setangkai buahnya framboises yang sedang merah meranum.

Framboise fallgold jaune/golden raspberry berbuah kembali buat pusingan ke dua.
Apples comel cenonet.

 
Apple gala.


 Galak merahnya.

Seterusnya gambar-gambaran pelbagai jenis bebuah tomates yang masih lagi berterusan meranum...

Roma namanya, elok untuk dibikin sebagai sauce.

Barisan tomates de roma dan tomates grappes.

Tomates cornue des andes.


Panjang bujur melonjong bentuk tomates cornue ini dan rasanya ya ampun... sama seperti memakan buah yang harum dan manis.

Tomates coeur de boeuf
tanpa biji dan manis madu rasanya.

 
Tomates cerises.



Maniis sekali.

Tomate cerise yang tumbuh sendiri dimana saiz-nya besar sedikit.

Buncis/french bean bagi pusingan ke dua, yang sekarang berkacang sudah.

Ada rhubarbe, yang sekarang semakin membesar dan pertama kali menanamnya, nanti pabila sudah cukup merah mahu cuba bikin tarte rhubarbe yang dikatakan berbeda dengan tarte yang selainnya dimana kelainan rasanya begitu istimewa.

Voilà.

3 commentaires:

Cik Puan Eka a dit…

Setiap kali baca sis rat punya entry tentang berkebun,serasa mahu baca dan lihat gambar terus terusan. Selalu berkata, moga banyak lagi gambar dibawah hihi. Menarik. Cantik. Apple tu. Gerammm

Bintangjauh a dit…

Salam Eka,

Apa khabar Eka sekeluarga terutama sekali Adra yang cantik lagi comel, semoga berada didalam kesejahteraanNya.

Beginilah rupanya cara kehidupan sis Ratna tidak glamour dengan barangan glamour dari sini walhal menetapnya di Peranchis...
Gimana pun berkebun dan bercucuktanam adalah sumber kesedaran untuk diri sendiri bahawa mendekati diri dengan alam semulajadi boleh mendekatkan diri kepadaNya... tenanghati dan insafi diri betapa tangan yang menyentuh tanah dan tumbuhan itu memerlukan sifat rendah hati dan diri demikian kerendahan hati itu muncul bukan dipaksa namun dalam keikhlasan.

Kali ini hasil tumbuhan semua berbuah dan berbunga ditahap boleh tahan maka itu banyak juga gambar yang dipaparkan... apple, tahu sekali Eka suka kali dengannya buah apple, jikalau kita berjiran pasti ada buat Eka dan boleh bikinkan puree buah untuk Adra.

Salam mesra.

Ros a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Alhamdulilah, syukur, hasil tanaman Ratna Nampak sungguh menggoda iman saya di sini. Kalaulah saya berpeluang menanam tomato yang montok-montok tu...sangat sedap dimakan. Sebelum ini ada kenalan yang tinggal di Swiss kerap mengirim benih sayur kepada saya. Dapat lah merasa beberapa jenis sayuran orang putih. Kami saling bertukar benih sayur secara pos. Sekarang beliau sudah pulang ke negara asalnya dan tidak lagi dapat berkongsi seperti dahulu.

Teruskan berkongsi foto hasil tanaman ya Ratna. Saya sudah ikut nasihat Ratna untuk menanam pokok sebagai peneduh sayur-sayuran yang bakal saya tanam kelak. Saya tanam anak pokok jambu batu, delima dan pokok kemboja. Terima kasih atas nasihat daripada Ratna.

Salam manis dari Jasin,
Ros.