jeudi 10 septembre 2015

Tarte nenas?

| |


Hari ini udara dan cuaca begitu nyaman sekali...
Alhamdulillah.
Musim panas akan berakhir pada 23 September nanti dan musim gugur mengambil alih tempatnya...
Demikian, hari-hari yang mendatang harus dihargai dengan sepenuhnya dimana sekarang taman perlu dikemaskan bagi kesejahteraan pokok-pokok tumbuhan yang ada.
Suasana ditaman masih tampak berwarnawarni...
yang nanti akan bertukar kepada warna alam.
Seawal petang tadi bikin satu adunan tart nenas bagi menghabiskan lebihan jam nenas pada lebaran yang lalu.
 
 Sengaja bikin dua rupa bentuk, satu beracuan dan yang satu lagi tanpa acuan.

 Yang ini tanpa acuan.


 

 




 Yang ini dengan acuan.



 Verdict, suka dengan yang tanpa acuan.
 
 

Pokok-pokok mawar berbunga lagi dan lagi setelah air hujan turun mencurah-curah...
Penyeri taman, voilà.