mercredi 21 octobre 2015

"C'était affreux" !

| |



 Belanja beli dua Crème brulée yang berbekas mangkok tulennya.
 
Yummy !






 Sepokok Erable/maple tree yang telah bertukar warna dedaunnya, tampak indah kali !

Pasar terbuka bagi pekebun kecil ditengah petak kawasan perundangan Grenoble.

Musim gugur = musim buah-buah labu !




Gambaran photos dirakamkan pada awalnya pagi tadi dibandar Grenoble, dari Patisserie ke taman Jardin de Ville dan persekitarannya.

Pintu gerbang Jardin de Ville.



Tiada sesiapa pun sewaktu awal pagi nan hening... sendirian.




 
Taman Jardin de Ville inilah dahulunya tempat bersiaran & bermain ketika anak-anak masih kecil... setelah 25 tahun suasananya masih sama tidakpun berubah...

Masih seperti dahulukala, tidak lansong berganjak..






Kisah semalam... semasa pergi ke Grenoble menaiki TER berlantai dua ini berjalan seperti biasa, akan tetapi pada sebelah soirée telah terjadi satu penantian yang tiada kesudahannya... lepas satu, satu perlepasan jadual waktu ditunda, tunggu lagi waktu seterusnya juga dibatalkan lagi tanpa pengumuman yang jelas, ingin telephone secara kebetulan h-phone terkaput jadinya terus menanti tunggu didalam stesen kereta'api yang penuh sesak dek penumpang TGV bertindih-tindih dengan penumpang TER yang tertanya-tanya mengapa hampir kesemua perjalanan kereta'api dibatalkan !
Jam sudah lewat lapan malam dan dinginnya tahap ya ampun...
Penumpang bagi TGV diberi perkhidmatan menaiki bus sebagai pampasan keadaan pembatalan waktu perlepasan kereta'api dan penumpang yang menuju ke Lyon tidak lansung diambil tahu, dan tetiba terdengar suara lembut memanggil "maman..." oh, yang Tengah kok disini, mengapa ya?

Rupa-rupanya, di Moirans Isère telah tercetus satu rusuhan ganas dari perbuatan les gens du voyage/travelling people yang menghadang-halang jalanraya dengan membakar kereta, restaurant berdekatan juga dibakar, di stesen kereta'api Moiran tempat utama rusuhan berlaku terdapat beberapa kereta yang terbakar dengan sengaja dihumbankan ke landasan kereta'api, dengan berbuat demikian kereta'api terhalang dari operasinya dan seperti yang ditunjukkan di television suasana keganasan seperti rusuhan perang !

Punca keganasan tersebut berlaku karena mereka meminta supaya seorang banduan penjara diberi keluar selama satu jam bagi menghadiri perkebumian adiknya dimana permintaan sebelumnya telah ditolak oleh pehak perundangan dan cara terdesak yang mereka pilih ialah dengan menggunakan tindakan yang ganas yang disangkakan oleh mereka pasti menjadi bahawa pehak berkuasa akan mengalah namun malangnya pada hari ini pehak perundangan menolak lagi permintaan mereka dan kemungkinan rusuhan ganas akan tercetus lagi !

Lansong... malam semalam bobok di Grenoble dan pada belah tengah-hari tadi CintaJL menghantar pulang ke kampongulu karena jadual perjalanan kereta'api masih tergendala !
 

3 commentaires:

Ros a dit…

Asslamualaikum wbr Ratna,

Rata-rata di sana-sini banyak berlakunya perhimpunan ataupun tunjuk perasaan. Kesan darinya kadang-kadang banyak merosakkan harta benda dan mencederakan orang yang tidak bersalah. Sukar untuk ditafsirkan sebab ataupun pandangan si pelaku. Terlalu emosi dan mementingkan kehendak diri sendiri hingga hilang pertimbangan terhadap keselamatan orang lain. Syukur alhamdulilah Ratna selamat.

Gambaran pemandangan yang dipamerkan sangat menyejukkan pandangan mata, menghilangkan sebentar kekusutan minda. Manisan yang kelihatan sungguh sempurna dan membuat perut berkeroncong..!

Salam manis dari Jasin,
Ros.

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam wbr dan salam Ros,

Alhamdulillah.. tidak terjadi lagi pemberotakan pada hari selepasnya karena kemusnahan hartabenda yang dirosakkan oleh mereka begitu tinggi dan teruk sekali, dan mereka menyedari keatas tindaktanduk tersebut tidak membawa kepada penyelesaian yang sepatutnya maka itu mereka menerima keputusan pehak perundangan dengan hati yang terbuka akhirnya.

Nasib baik anak Ratna datang menjemput jikalau tidak lama juga menanti...

Tindak tanduk secara keras/ganas disini Peranchis adalah amalan yang lumrah lagi biasa, sampaikan mereka sudah hilang pertimbangan hidup sehingga sanggup menggunakan jalan kekerasan atau peras ugut bagi menperolehi hasrat mereka ditunaikan.

Sementara menanti dihantar pulang kembali ke kampongulu, seawal pagi sebelum belanja beli roti croissant & pain au chocolat sebagai sarapan pagi Ratna pergi bersiaran ke tempat diwaktu ketika dahulu adalah tempat permandangan yang biasa Ratna ziarahi bersama anak-anak... nostalgia.

Salam mesra.

Angah a dit…

masyaallah..semakin comel si Honey..