samedi 10 octobre 2015

Ciel voilé

| |


Hari ini weekend berupa murung... karena keadaan cuaca di kampongulu serupa cerita hantu nan seram sedari awalnya pagi sehinggalah waktunya senja diselubungi oleh kabus putih didalam kedinginan yang tidak selesa sesungguhnya !

 Dihalaman taman masih terdapat banyak buah-buah framboises/raspberries dimana banyak yang terlebih ranum dan rosak dek curahan air hujan, dari hari ke hari mahu petik-memetik buahnya namun hasrat tersebut terhenti dek perihal penting yang perlu didahului... sebelah petang tadi terus keluar sambil ditangan memegang sebuah periuk kecil sebagai bekasnya dan voilà... banyak dapatnya, selepas itu terus bikinkan la confiture gelée/jelly-jam.
 Siap sudah gelée-jamnya terus bikinkan pancakes ber-saiz comel cenonet bakal minumpetang, yang Bongsu tersenyum manis jadinya...

 Buah framboise yang masih merimbun banyak !

 Tersangat yummy dijamu sama buah nan merah.

 Seperiuk penuh dapatnya.



 Dahlia dua warna semakin banyak berbunga setelah air hujan mencurah turun hampir pada setiap hari.

Cantik rupaparasnya.

 Mawar grimpant/menjalar tinggi le Grand Huit-Adabaring namanya yang ditanam pada awal musim bunga tampak semakin membesar tinggi dan berbunga non-stop !

Berada duduk dipinggiran tepinya tangga utama.

Le Grand Huit.


Light:

 Honey Aristocat dengan Géranium putih & merah.

Sewaktu didapur kelihatan dua sejoli sang burung sedang beralih-alih terbangan dari dahan ke dahan pohonnya mawar lantas secepat yang mungkin menyambar kamera dan dapat merakamkan dua photos gelagat aksi sang burung... sayangnya tidak berapa jelas karena berada dihadapan pintu cermin yang tertutup.

Pagi tadi, Honey dipinggiran kolamrenang sedang memerhati si tweet-tweet pabila namanya dipanggil terus menoleh dengan jelingan terkejut !

Dua bouquet Hortensia yang tergantung untuk dikeringkan.

Gambaran suasana dikampongulu, château seribu tahun lenyap didalam kabus tebal yang menyelubungi sekitarannya.

2 commentaires:

Jab Kawalan Perniagaan Mpj a dit…

Assalamualaikum Ratna,

Sekian lama tidak singgah di halaman Ratna, serasa rindu menatap taman yang umpama syurga... Si Honey yang montok, ingin sekali memeluknya dengan erat.

Ros, Jasin.

Bintangjauh a dit…

Wa'alaikumsalam dan salam Ros,

saki baki warnawarni kembangan mekar yang masih mahu ngembang cantik, Alhamdulillah, sekurangnya masih ada penawar rasa sewaktu ini dimana suhu semakin mendingin... Honey kerjanya adore mengekori kemana saja langkahan Ratna tatkala ditaman yang bermaksud mahu minta makan lagi maka itu montel jadinya !

Salam mesra.