vendredi 2 octobre 2015

Un peu de ci, Un peu de ça...

| |



Pagi tadi bakalnya sarapan pagi bikin satu adunan kecil cekodok jemput-jemput pisang. Yang Bongsu tidak suka bersarapan pagi dengan sarapan yang berminyak jadinya bikin untuk makan sendiri ajer.
Minggu lalu belanja beli dua sisir pisang dan tinggal satu sisir yang sudah kelihatan cukup ranumnya, lantas memilih bikin gorengan cekodok yang lagi cepat, mudah dan yummy.. !
 Sengaja bikinkan saiz besar, cepat siapnya.

 Disini Peranchis tidak punya banyak pilihan terhadap pelbagai jenis-jenisnya pisang, yang ada cuma pisang jenis cavendish dan plantain dan sekali sekala ada dijual jenis baby banana, red banana dan green banana pada musim perayaan khususnya.

 Namun demikian rasa cekodok sijemput pisang ini masih terasa pisangnya meskipun kurang harum wanginya...

 Lama juga tidak bikin cekodok pisang, mungkin yang sebelum ini pada 2 bulan yang lalu...

 Gantungkan seikat bunga lavender sebentar diluar dan lihatlah Honey Aristocat aksi-gelagatnya memandang sampai terdongak kepala !

 Seikat lavender dikeringkan dahulu nanti akan di-bouquet kan buat musim dingin ini.
Mengikut jumlah hasil tuaian yang sebenar boleh dapat berikat-ikat bunganya lavender dimana yang selebihnya akan dijadikan pewangi cheminée/chimney fire pabila bakarkan kayu-kayu bersama, dengan berbuat demikian ruangtamu akan berbau harum.

 Rupa serumpun tumbuhan lavender yang telah di trim potong.

Honey Aristocat bersebelahan dengan sepasu bonsaï pokoknya beringin/ficus.
Assalamualaikum kepada semua dihari Jumaat nan mulia.

4 commentaires:

Chevy a dit…

comel dan mungilnyaaa cekodoknya...




Silent Reader

cik hani a dit…

comel bulatnya.
geram nak gigit cekodok ni

Cik Puan Eka a dit…

Geramnya cekodok. Memang kegemaran saya ni hehe

Bintangjauh a dit…

Salam Chevy, Hani dan Eka,

ngidam pada cekodok pisang à la Moyang yang dikasihi... bikin sedikit ajer namun makannya sendirian tiada peneman...

Salam mesra