dimanche 22 novembre 2015

Les premier flocons de neiges

| |




 Hari Sabtu jam 12 tengah'hari turunya es salji dari kayangan. Les flocons de neiges/snowflake yang pertama kalinya turun dari kayangan...

Secepatnya terus merakamkan beberapa gambaran-photos sebelum berlepas pergi ke bandar Grenoble... kesana karena yang Bongsu mahu ke cinema dengan papanya dan yang Tengah demam perlukan maman-nya dan dimasa yang sewaktu dengannya bertemuan sekali dengan anak terunaku yang Sulong, senanghati pabila bertemuan dengan anak-anakku.

 Photo dirakamkan disebalik tingkap, jadinya mutu gambaran tidaklah begitu bagus.
Suasana dari belakang halaman yang megadap terus tanah pertanian empunya petani nun disana hujungnya pinggiran kampongulu.

 Pokok Bouleau/silver birch tree dibelakang taman yang masih berdaunan kuning keemasan tampak cantik dengan huraian es salji.

Jutaan es salji.
Tidak kesempatan merakamkan photos dari bagian hadapan taman karena perlu berundur pergi ke bandar Grenoble, jadinya setakat ini sahaja yang dapat dirakamkan.
 
Dalam semingguan depan es salji telah diramalkan turun tanpa henti dan suhu menurun sehingga minus tahap beku !
Malam semalam sewaktu didalam perjalanan pulang dari bandar Grenoble kembali ke kampongulu es salji turun dengan banyaknya sehingga sakit mata mengadap cermin seolah es salji menghala tepat ke arah wajah seperti 3D movie serasanya.
Tiba dirumah, ya ampun sudah menebal banyak memutih semua... namun pagi tadi hujan lantas es salji mencair bersama titisan air hujan dan lewat malam ini lagi es salji akan turun dengan banyaknya...
Ya ampun, petanda musim dingin semakin terserlah...

1 commentaires:

theIzuddin a dit…

Cantiknya.
Teringin satu hari nanti mahu merasai berdiri di bawah falling snow.